Sudah menjadi lumrah, setiap perkara mesti menghadapi pelbagai masalah dan yang menjadi perbezaan adalah antara masalah besar atau pun kecil. Masjid Kepala Gajah juga tidak terlepas dari timbulnya masalah. Segala masalah yang timbul dicari jalan penyelesaian supaya dapat meningkatkan tarat pengurusan secara professional.
Masalah 1
Penduduk di kawasan Kampung Kepala Gajah, Taman Putri Gunung, Bandar Tasek Mutiara, Taman Tasek Indah dan Taman Pekatra sukar untuk membawa jenazah dari rumah waris ke tanah perkuburan kerana jarak dari rumah waris tidak berdekatan dengan tanah perkuburan.
Komen dan Penyelesaian
Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Kepala Gajah memandang serius mengenai masalah ini kerana jika permindahan jenazah dari rumah waris ke tanah perkuburan lambat, ianya mungkin menggangu jadual pengebumian yang telah dirancang. Oleh itu, AJK Masjid Kepala Gajah telah memohon bantuan nasihat daripada Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Setelah perbincangan dilaksanakan, pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang bersetuju untuk menyumbangkan van yang bernombor pendaftaran PJF 2993, model Nissan Urvan 3.0 Di. untuk kegunaan masyarakat setempat memindahkan jenazah dari rumah waris ke tanah perkuburan dengan masa yang singkat dan menepati jadual pengebumian.
|
Van yang digunakan untuk pemindahan jenazah dari rumah waris ke tanah perkuburan |
|
|
|
Van yang digunakan untuk pemindahan jenazah dari rumah waris ke tanah perkuburan |
Masalah 2
Ruang wuduk yang sedia ada tidak mampu untuk menampung jumlah ahli khariah yang kian bertambah dan menyebabkan ahli khariah terpaksa berbaris untuk mengambil wuduk terutamanya apabila waktu Solat Jumaat.
Komen dan Penyelesaian
Isu mengenai ruang wuduk yang kecil sudah diambil tindakan oleh AJK Masjid Kepala Gajah dengan menambahkan pili air di sekeliling masjid supaya ahli khariah yang hadir tidak hanya menunggu di ruang wuduk tetapi mereka juga boleh menyempurnakan wuduk di mana – mana sekeliling masjid.
|
Ruang wuduk di Masjid Kepala Gajah |
Masalah 3
Ruang solat yang sedia ada tidak lagi mampu menampung ahli khariah yang bertambah dan menyebabkan ahli khariah yang tidak berpeluang solat di dalam masjid hanya solat di ruang koridor. Tambahan lagi, apabila sesi Program Latihan Khidmat Negara di Kem Syruz, Machang Bubok berlangsung, pelatih – pelatih PLKN yang hadir dengan lima atau enam buah bas menyebabkan mereka terpaksa mengerjakan solat jumaat di ruang jalan (tar) yang hanya beralaskan tikar plastik.
Komen dan Penyelesaian.
Masalah ini juga dipandang serius kerana ianya untuk keselesaan jemaah solat Jumaat. Jadi isu solat diatas jalan tar hanya untuk sementara kerana pihak AJK Masjid sudah memulakan pembinaan tambahan ruang solat yang bermozek sebelah barat, selatan, timur masjid yang boleh memuatkan lebih kurang 350 jemaah. Kini, pembinaan yang dirancang telah pun siap dan para jemaah dapat menunaikan solat fardhu Jumaat dengan lebih selesa.
|
Ruang solat tambahan di bahagian selatan masjid |
|
|
|
Ruang solat tambahan di bahagian timur masjid |
Masalah 4
Ketika khatib menyampaikan khutbah, ramai jemaah yang berada di ruang koridor tidak dapat melihat khatib dengan jelas dan menyebabkan mereka kurang tumpuan ketika khutbah jumaat disampaikan.
Komen dan penyelesaian
Apabila jemaah kurang tumpuan semasa khutbah jumaat disampaikan, ini adalah perkara yang membimbangkan kerana berkemungkinan mereka akan bersembang antara saru sama lain walhal di dalam hadis telah menyatakan,
‘Barang siapa yang berkata-kata apabila khatib sedang membaca khutbah walaupun dengan berkata “diam” (melarang orang lain daripada bercakap) sekalipun, maka luputlah pahala Jumaatnya. Dari itu, diamlah dan dengarlah dengan taat, mudah-mudahan kita semua akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat”.
Oleh itu, pihak AJK Masjid telah mengambil inisiatif dengan memasang 4 set televisyen di luar masjid berhampiran dengan ruang solat terbuka dengan siaran secara langsung oleh khatib yang bertugas menyampai hujah menggunakan perakam video. Ini membolehkan para jemaah di ruang solat terbuka dapat melihat khatib lebih jelas dengan adanya siaran langsung solat jumaat di Masjid Kampung Kepala Gajah.
|
Set televisyen yang berfungsi untuk siaran langsung solat jumaat di masjid |
Masalah 5
Ramai ahli khariah terutamanya dari golongan remaja meminta supaya memasang sistem jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar (Wi – Fi) di masjid kerana kekangan jumlah penggunaan caj internet di kafe siber yang kini melonjak tinggi.
Komen dan Penyelesaian
Setelah AJK masjid mengadakan mesyuarat, mesyuarat memutuskan bahawa setuju dengan pemohonan oleh ramai pihak supaya memasang sistem (Wi – Fi) kerana dengan adanya sistem ini, anak – anak muda khariah tidak lagi melepak di kafe siber yang boleh menyebabkan mereka terpengaruh dengan perkara – perkara negatif seperti pergaulan antara lelaki dan perempuan di tempat yang gelap, merokok, tededah kepada laman web pronografi dan sebagainya. Kini dengan adanya sistem (Wi – Fi) di masjid, anak – anak muda dapat melayari internet dengan selesa dan percuma, dan pada masa yang sama mendapat pahala beriktikaf di dalam masjid serta dapat menunaikan solat jemaah bersama – sama dengan ahli khariah yang lain.