My Facebook

Buku Pelawat

Garis Masa Masjid Kepala Gajah


Masjid Kampung Kepala Gajah dibina pada tahun 1965 iaitu lapan tahun selepas Malaysia memcapai kemerdekaannya pada 30 Ogos 1957. Dibina dengan hanya berdindingkan kayu dan beratapkan rumbia serta dibina diatas tapak yang berkelusan ¾ hektar, Masjid Kampung Kepala Gajah telah banyak menyaksikan pelbagai perubahan yang drastik dari masa ke semasa. 

Pada awalnya, Masjid Kepala Gajah yang dikelilingi dengan tanaman komoditi kepala sawit tetapi kini dikelilingi dengan pembangunan yang kian membangun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Pada tahun 1973, Masjid Kampung Kepala Gajah mengalami pengubahsuaian iaitu digantikan atap rumbia dengan zink, memperluaskan ruang solat demi keselamatan dan keselesaan khariah masjid. Pada 9 Julai 1974 iaitu pada hari Jumaat, berlangsung upacara penyerahan papan masa waktu solat yang telah dihadiahkan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Padang Lalang kepada Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Kepala Gajah kerana proses pengubaisuaian telah siap. Antara pengubahsuaian yang telah dilakukan pada ketika itu adalah memperbesarkan ruang solat, menambah keluasan tanah untuk tanah perkuburan, membina system wuduk yang sistematik, memasang pagar yang kukuh di sekeliling masjid, mengasingkan kawasan tandas antara lelaki dan perempuan kerana pada sebelumnya tandas diletakkan berhampiran antara satu sama lain serta ruang pengurusan jenazah.

Papan tanda Masjid Kepala Gajah (Lama)

Struktur bangunan Masjid Kepala Gajah (Lama)

Ruang wuduk di Masjid Kepala Gajah (Lama)

Ruang koridor Masjid Kepala Gajah (Lama)
Ruang koridor Masjid Kepala Gajah (Lama)
Papan masa solat yang masih lagi utuh di Masjid Kepala Gajah (Lama)
Mimbar Masjid Kepala Gajah (Lama)
Bahagian kubah Masjid Kepala Gajah (Lama)
Ruang solat dalaman, bahagian belakang di Masjid Kepala Gajah (Lama)

Gendang yang digunakan untuk memberitahu waktu solat masih lagi tersimpan
Kawasan tanah perkuburan Masjid Kepala Gajah (Lama)
Kawasan tanah perkuburan Masjid Kepala Gajah (Lama)
Antara ratusan batu nisan di kawasan tanah perkuburan di Masjid Kepala Gajah (Lama)
Masa kian berubah, bilangan penduduk setempat kian bertambah disebabkan pertumbuhan taman – taman perumahan seperti Taman Putri Gunung, Bandar Tasek Mutiara,Taman Enggang, Taman Tasek Indah serta Taman Pekatra. Sudah pasti kapasiti Masjid Kepala Gajah yang sedia ada tidak mampu untuk menampung bilangan ahli khariah terutamanya ketika Solat Jumaat, Solat Hari Raya Aidilfitri mahupun Aidiladha. Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Masjid Kepala Gajah mengadakan mesyuarat untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini. Setelah berbincang dengan pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan, keputusan yang diambil adalah pembinaan Masjid Kepala Gajah II (Baru).

Perancangan yang teliti telah diatur demi menjamin segalanya berjalan lancar. Pembinaan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik dan lokasi yang menjadi pilihan adalah kawasan tanah lapang, 500 meter dari masjid lama. Segalanya siap dibina pada Februari 2002. Ahli jawatankuasa Masjid Kepala Gajah menerima kunci daripada Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Utara pada 25 April 2002. Terbinanya masjid baru, segala masalah dapat diselesaikan terutamanya yang berhubung dengan ibadah ahli khariah Kampung Kepala Gajah. Permohonan AJK Masjid Kepala Gajah untuk melaksanakan Solat Jumaat telah dipersetujui oleh Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Status permohonan yang berjaya ini mempunyai syaratnya iaitu AJK dan ahli khariah Kampung Kepala Gajah perlu mengimarahkan masjid lama supaya tidak terbiar begitu sahaja memandangkan masjid lama tidak dirobohkan. 
 
Pelbagai aktiviti dirancang demi mengimarahkan masjid lama. Antaranya mengadakan kelas – kelas Al – Quran, Tajwid, Fardhu Ain untuk golongan hawa atau kaum ibu, menjadi hab pengurusan jenazah di kawasan Kampung Kepala Gajah dan sekitarnya, Solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha turut dilaksanakan di masjid lama dengan nisbah 50:50 bersama masjid baru, ceramah agama oleh personaliti keagamaan yang terkenal serta kawasan perkuburan juga turut dikekalkan di masjid lama.

Papan tanda Masjid Jamek Kepala Gajah (Baru)
Struktur Masjid Kepala Gajah (Baru)
Ruang Istirehat untuk musafir di perkarangan masjid
  
Antara meja yang digunakan oleh pelajar - pelajar Al - Quran dan Qiraati
Antara meja yang digunakan oleh pelajar - pelajar Al - Quran dan Qiraati 
Perkarangan koridor masjid
Koridor yang menghubungkan Dewan Solat dan Ruang Wuduk
Tabung Derma Masjid
Mimbar Masjid Kepala Gajah (Baru)
Antara perspektif di dalam masjid
Sistem penghawa dingin yang disediakan untuk keselesaan ahli khariah
Bahagian hadapan di dalam Dewan Solat
Meja yang digunakan oleh guru agama ketika menyampaikan kuliah
Antara perspektif di dalam Dewan Solat
Binaan Kubah Masjid Kepala Gajah (Baru)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...