Zaman para nabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W, mereka mengerjakan ibadah solat di tempat – tempat yang khusus seperti masjid tetapi pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, baginda menyatakan ALLAH S.W.T membenarkan hambanya mengerjakan solat di mana – mana sahaja di atas muka bumi.
Masjid pertama di bina oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah Masjid Quba yang terletaknya di pertengahan jalan Makkah – Madinah. Manakala masjid yang kedua adalah Masjid al – Nabawi. Uniknya mengenai Masjid al – Nabawi adalah masjid ini dibina di atas sebidang tanah yang dibeli dari Sahl dan Suhail atau Mu’adh bin Afra’ dengan harga 10 dinar. Ukur lilit masjid adalah sederhana besar, berbentuk segi empat dan ditambah dengan sebuah anjung (suffah). Kegunaan anjung Masjid al- Nabawi adalah untuk kegunaan musafir. Rumah Nabi Muhammad S.A.W dan isteri – isterinya dibina sekitar masjid ini. Selain Masjid Quba’ dan Masjid Madinah terdapat lagi masjid yang dibina pada zaman Rasulullah S.A.W
0 comments:
Post a Comment