Masjid. Bangunannya jika dilihat dari perspektif luaran mengambarkan keindahan seni bina yang memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan jika dilihat dari perspektif dalaman, ianya merupakan satu institusi yang mampu mengerakkan jentera masyarakat supaya berdaya saing dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Bukan semata – mata hanya untuk beribadah tetapi ianya merupakan suatu wadah mencetus keharmonian insan supaya lebih erat dan bersatu seiring dengan gagasan 1 Malaysia. Masjid Kepala Gajah juga memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan insaniah dari segi luaran dan dalaman. Pelbagai aktiviti, kemudahan dan juga kehadiran tokoh – tokoh ulama yang masyhur ke Masjid Kepala Gajah untuk bersama – sama dengan seluruh ahli khariah memantapkan akidah, akhlak dan ukuwah supaya semua dapat kehidupan yang cemerlang di akhirat nan abadi.
0 comments:
Post a Comment