My Facebook

Buku Pelawat

Reka Bentuk & Susun Atur Masjid

Sifat – sifat umum yang terdapat pada bangunan masjid ialah ruang solat, mihrab, kiblat solat di bahagian hadapan, ruang imam memimpin makmun untuk mengerjakan solat dan menghala ke kiblat (Bait Allah al – Haram), mimbar, ruang khatib berkhutbah dan ianya menghala ke makmun atau membelakangi kiblat.

Biasanya mimbar ini dibina lebih tinggi daripada ruang solat bertujuan khatib yang sedang berkhutbah dapat dilihat oleh semua makmun serta minarah (menara azan) untuk menyeru makmun hadir ke masjid untuk menunaikan solat. Pelbagai kemudahan turut disediakan seperti kerusi dan tongkat untuk kegunaan khatib menyampaikan khutbah, meja kecil untuk kegunaan pendidik – pendidik keagamaan yang mengajar di masjid, ruang wuduk, naskhah suci Al – Quran serta kitab – kitab agama yang tersedia untuk dibaca oleh makmun yang beriktikaf di dalam masjid. Barisan petugas masjid terdiri daripada imam, khatib, muazzin dan tok siak.

Fungsi utama masjid adalah untuk mengerjakan solat Jumaat dan solat lima waktu berjemaah. Perbezaan antara surau mahupun madrasah ialah ianya hanya untuk solat lima waktu berjemaah sahaja seperti Solat Subuh, Solat Zuhur, Solat Asar, Solat Maghrib dan Solat Isyak. Selain itu, masjid juga boleh digunakan untuk ceramah mahupun kelas agama tidak mengira petang, malam atau pagi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...