Sudah menjadi lumrah bagi setiap pemimpin tentera Islam mendirikan masjid di lokasi yang mereka takluki sebagai pusat ibadat dan pentadbiran. Wilayah – wilayah pertama yang perintah ialah Iraq (Sham), Mesir dan Yaman. Di wilayah ini mereka membina beberapa buah masjid dan setiap binaan berbeza – beza dari segi saiz mahupun rekaannya kerana mengikut suasana dan keadaan.
Pada peringkat awal, masjid yang dibina hampir sama reka bentuknya. Masjid yang dibina oleh Sa’d bin Abi Waqqas, di kota Kufah (Iraq) pada tahun 637M merupakan kawasan lapang yang dipagar dengan batu – batu di sekelilingnya yang boleh memuatkan seramai 40,000 orang. Di tepi masjid dibina sebuah rumah, tempat pegawai – pegawai dan sebuah penjara yang digelar Dar al – Imarah.
Begitu juga di Basrah, Fustat (Mesir) dan masjid lain yang berada di Iraq, Mesir, Syria dan Yaman. Dalam keadaan tertentu istana – istana raja (Seperti istana raja Sasanian di al – Madain dan gereja – gereja St. John di Damsyik) telah dijadikan masjid setelah diubahsuai. Reka bentuk masjid sudah tentu berbeza dengan reka bentuk asal masjid yang dibina oleh Rasulullah di Madinah. Pada kebiasaannya masjid yang dibina terletak di tengah – tengah masyarakat dan reka bentuk asal sesebuah masjid menyerupai Masjid Madinah tetapi apabila zaman kian berubah, sesebuah masjid diubahsuai mengikut keadaan semasa dan setempat.
0 comments:
Post a Comment