My Facebook

Buku Pelawat

Abstrak

Masjid Kepala Gajah | Antara Titian Masa merupakan penulisan mengenai Masjid Kepala Gajah itu sendiri yang terletak di kawasan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Masjid Kepala Gajah mempunyai reka bentuk dan seni bina yang hampir sama dengan masjid - masjid lain tetapi yang menjadi perbezaan adalah pengisinya serta dalamannya, dimana semua ini merupakan pemangkin kepada kesatuan dan kecemerlangan ummah di kawasan Seberang Perai Selatan khususnya. Sejarah dan identiti Masjid Kepala Gajah ini unik untuk dikongsi kerana ianya merupakan sejarah yang tidak boleh didapati di mana - mana sahaja di seluruh dunia. Sejarahnya sungguh berbeza dan sejarahnya juga masih lagi dikekalkan sehingga hari ini. Penemuan yang didapati hasil daripada kajian selama 2 minggu adalah semua penduduk terutamanya di kawasan Kampung Kepala Gajah, Taman Putri Gunung, Bandar Tasek Mutiara, Taman Pekatra dan Taman Tasek Indah ikatan persaudaraan sesama Islam makin utuh dan kuat serta tahap pengetahuan mengenai Islam semakin hari semakin bertambah dengan adanya aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh Masjid Kepala Gajah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...