My Facebook

Buku Pelawat

Reka Bentuk & Susun Atur Masjid di Malaysia

Masjid – masjid di Semenanjung Malaysia mempunyai dua bentuk yang berlainan. Yang pertama, masjid yang dipengaruhi dengan bentuk tradisional dan gaya hidup masyarakat melayu. Bumbung yang tinggi mempercepatkan curahan hujan ke bumi dan juga memberikan sistem pengudaraan yang terbaik. Pada asalnya, bumbung masjid dibina daripada nipah atau pun rumbia. Ada juga yang menggunakan atap sirp daripada kayu belian atau ulin. Apabila berlakunya perdagangan seberang laut dengan Malaysia, pelbagai bahan binaan seperti simen, zink dan atap genting dibawa masuk. Sejajar dengan ini, masjid – masjid yang mempunyai rekaan lama diubahsuai supaya menjadi lebih kemas dan selamat untuk digunakan oleh para makmun.

Negeri Kelantan. Terdapat tiga buah masjid yang masih mengekalkan ciri – ciri tradisional iaitu Masjid Kampung Laut di Nilam Puri, Masjid Langar di Kota Bharu dan Masjid Condong di Kota Bharu. Keistimewaan masjid – masjid ini adalah mengekalkan reka bentuknya yang berasaskan seni bina istana Raja Kelantan.

Negeri Melaka. Masjid Tengkara dan Masjid Kampun Keling yang mengekalkan reka bentuk bumbung yang tinggi. Tetapi sebahagian daripada struktur masjid ini telah diubahsuai, sebagai contoh bahagian yang dahulunya diperbuat daripada kayu diganti dengan konkrit.

Di Negeri Johor, Perak dan Terengganu, masjid yang mengekalkan ciri tradisional digunakan untuk solat Jumaat dan ada juga yang dijadikan sebagai surau. Masjid di negeri ini mempunyai persamaan dengan reka bentuk binaan dari Timur Tengah atau India Muslim iaitu kubah masjid. Reka bentuk ini diperkenalkan di Malaysia sejar kurun ke – 20 oleh pihak Inggeris. Lazimnya masjid dibina berhampiran dengan istana raja. Sebagai contoh Masjid Ubudiah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar dan Masjid Abu Bakar di Johor Bahru.

Ada pihak yang menyatakan bahawa reka bentuk masjid dari Timur Tengah atau India Muslim merupakan rekaan yang sebenar melambangkan masjid. Disebabkan penyataaan tersebut, kebanyakkan masjid diubahsuai bumbungnya menjadi kubah yang seakan – akan berbentuk bawang.

Masjid Negara di Kuala Lumpur mempunyai keistimewaannya yang tersendiri iaitu bumbungnya merupakan payung yang berlipat. Rekaan Masjid Negera turut menjadi inspirasi kepada arkitek untuk mereka bentuk masjid supaya menyerupai rekaan Masjid Negara.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...