My Facebook

Buku Pelawat

Penghargaan

 بسم الله الرحمن الرحيم
 
Saya Mohd Fareez Bin Sabri bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi petunjuk dan limpah rahmatnya sepanjang persediaan projek kertas kerja ini iaitu Masjid Kepala Gajah – Antara Titian Masa.

Pertama, ucapan jutaan terima kasih saya untuk pensyarah CTU 151 , Ustaz Abdul Aziz Harjin yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan membantu saya dengan komen yang membina serta penilaiannya terhadap kertas kerja ini sepanjang proses penghasilnya.

Kedua, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, (JAIPP), Biro Dakwah dan Penerangan Masjid Jamek Kepala Gajah Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, Ahli Dewan Undangan Dun Sungai Bakap, Ust Mokhtar Shafie, Penduduk setempat di kawasan Kampung Kepala Gajah, Taman Putri Gunung, Bandar Tasek Mutiara, Taman Pekatra, Taman Tasek Indah, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) Universiti Teknologi MARA, Kampus Cawangan Perlis dan semua pihak yang telah memberi kerjasama secara langsung mahupun tidak langsung kepada saya sepanjang proses penghasilan projek ini.

Ketiga, saya juga mengucap terima kasih kepada keluarga saya kerana sokongan moral dan doa mereka sepanjang saya melakukan penyelidikan untuk menyiapkan projek ini.

Terima kasih

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...