بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdullilah, segala puji pujian kepada Allah S.W.T yang mentadbir sekalian makhluk dan alam serta limpah rahmatNya kepada junjungan penghulu manusia, Nabi Muhammad S.A.W serta kerabat keluarga dan para sahabat, para ulama dan juga sekalian hambaNya di muka bumi.
Tujuan penulisan ini dihasilkan adalah untuk memperkenalkan Masjid Kepala Gajah kepada seluruh rakyat Malaysia amnya supaya lebih ramai yang mengetahui tentang kewujudan masjid yang indah di kawasan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Selain itu juga, saya Mohd Fareez Bin Sabri merangkap penulis blog ini, menyingkap semula sejarah di sebalik binaan ini yang merupakan antara jutaan Rumah Allah di muka bumi ini.
Bidang dan skop penulisan yang menjadi pilihan saya adalah mengenai Masjid Kepala Gajah khususnya meliputi pelbagai aspek iaitu sejarah, seni bina, aktiviti pengimarahan masjid serta pelbagai kesukaran yang dihadapi oleh Masjid Kepala Gajah dan juga penyelesaian untuk setiap masalah.
Harapan saya adalah semua pembaca blog ini, mempunyai gambaran dan pengetahuan mengenai sejarah dan aktiviti Masjid Kepala Gajah serta masjid ini menjadi venue yang utama untuk sesiapa sahaja yang datang ke Negeri Pulau Pinang di Seberang Perai Selatan khususnya supaya datang melihat dengan sendiri keindahan dan seni bina Masjid Kepala Gajah.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
0 comments:
Post a Comment